Yap Ah Loy dan pertempuran di Kuala Lumpur Perang_Kelang

Pada bulan Ogos 1868, Liu Ngiam Kong, Kapitan Cina Kuala Lumpur telah mati dan telah digantikan oleh pembantunya Yap Ah Loy. Pada tahun 1869, beliau telah dilantik secara rasmi oleh Raja Mahadi yang pada ketika itu menguasai Kelang.[7] Walau bagaimanapun, Yap Ah Loy telah berpaling tadah dan memberi sokongan kepada Raja Ismail dan Tengku Kudin setelah mereka berjaya menguasai Kelang.[8]